ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG INI..MULAKAN DENGAN BISMILLAH DAN BANYAKKAN BERSELAWAT..

Search This Blog

Sunday, December 20, 2009

APA ITU PENDIDIKAN KHAS?


APA ITU PENDIDIKAN KHAS?

Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi

keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000)

Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus

atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.


SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS?

Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana ataupun biasa ( 1) dalam ciri-ciri mental ( 2) keupayaan deria ( 3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal ( 4) dalam tingkah laku social- emosi ( 5) dalam keupayaan komunikasi atau ( 6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.




VISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

PERISTIWA PENTING YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS

1)DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan ‘ keperluan –keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

2)Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal.

3)AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.

4)LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana tanggungjawab kementerian tertentu adalah sebagaimana berikut:

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran( terencat akal ) yang boleh didik.

Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.

Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko

Selain daripada itu dalam Laporan jawatankuasa Kabinet tersebut juga Akta Pelajaran 1961 telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.


SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kumpulan pelajar ini merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.


SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kumpulan pelajar ini merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.

JENIS-JENIS MASALAH MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

* Kerencatan akal

* Masalah Penglihatan

* Masalah Pendengaran

* Masalah tingkah laku/emosi

* Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

* Palsi Serebral

* Masalah pembelajaran spesifik

* Masalah komunikasi dan bahasa

* Masalah Autisme

* Masalah pintar cerdas

Oval: KANAK-KANAK BERKEPERLUAN  KHAS

PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS


PENYAMPAIAN

Penyampaian pembelajaran dengan menggunakan kaedah tertentu. Contohnya penggunaan bahasa isyarat.


KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran yang khusus yang sesuai dengan jenis ketidakupayaan murid.


PERALATAN

Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagimereka yang buta.


BILANGAN PELAJAR DALAM KELAS

Bilangan pelajar dalam kelas Pendidikan Khas di Malaysia ialah 5-10 orang murid dan jumlah ini dalam proses penambahbaikan sehingga menjadi nisbah guru-murid 1:1 pada masa akan datang.

GURU PENDIDIKAN KHAS TERLATIH

Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran.


PENGUBAHSUAIAN KURIKULUM

Kandungan kurikulum diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan murid.


AKTIVITI KOKURIKULUM

Diubahsuai dengan jenis murid berkeperluan khas


4 comments:

  1. assalamualaikum..saya pelajar lepasan stpm, saya berminat untuk bekerja dalam bidang pendidikan khas. Apakah kos yang perlu saya ambil??

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..saya pelajar lepasan stpm, saya berminat untuk bekerja dalam bidang pendidikan khas. Apakah kos yang perlu saya ambil??

    ReplyDelete
  3. Saya bakal temuduga untuk bidang pendidikan khas, saya harap saya dapat sambung dalam bidang ni

    ReplyDelete
  4. cakap jelah pendidikan khas ni utk kanak2 ada masalah mental atau OKU. straight forward je, takut sangat melukakan hati pembaca. pening kepala aku baca panjang2 baru paham.

    ReplyDelete