ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG INI..MULAKAN DENGAN BISMILLAH DAN BANYAKKAN BERSELAWAT..

Search This Blog

Sunday, December 20, 2009

KATEGORI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS


KATEGORI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS



KANAK2 BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-kanak yg mempunyai proses psikologi yg tdk teratur termasuk dlm perkembangan pemahaman & penggunaan bahasa, komunikasi atau penulisan. Bermasalah dlm mendengar, bercakap, membaca, menulis atau membuat pengiraan.
JENIS-JENIS
1.Disleksia
2..Aphasia
3.Slow Learner
CIRI2 MASALAH BAHASA/ ELEMEN2 DLM MASALAH BAHASA
1. Masalah fonologi- kesukaran mengenalpasti bunyi sesuatu huruf cth: ‘cat’ (bahasa melayu) ‘cat’ (bahasa inggeris), ‘nama’ utk ‘mama’.
2. Masalah morfologi- kesukaran mengenalpasti sesuatu perkataan di mana huruf terakhir atau suku kata tdk ditekankan dlm sesuatu perkataan cth: makan – disebut ‘kan’
Baju – disebut ‘ju’
3. Masalah sintaksis- kesukaran utk memahami ayat yg berbentuk pasif/yg mengandungi klausa. Menggunakan ayat2 yg pendek & membuat kesilapan dr segi tatabahasa. Cth:
4. Masalah semantik-kesukaran memahami perkataan yg mempunyai lebih dari satu makna.
5. Masalah pragmatik-agak pasif semasa menjalankan aktiviti berpasangan/berkumpulan


KANAK2 KERENCATAN AKAL
Menurut AAMR(2002)-suatu kurang upaya yg bercirikan fungsian intelektual & tingkah laku adaptif yg terhad lazimnya berpunca sebelum umur 18 thn.
Kanak-kanak yg mengalami perkembangan minda & daya fikiran yg kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dlm fungsi intelektual & sosial. Ia merujuk kpd keptgn fungsi kepintaran yg biasa atau dikaitkan kerosakan dlm menyesuaikan kelakuan & ia jelas semasa proses pembesaran.
JENIS-JENIS
1. Terancat akal
2. Down Sindrom
CIRI2 MASALAH BAHASA/ ELEMEN2 DLM MASALAH BAHASA
1.Masalah fonologi & morfologi-kesukaran dlm penghasilan pertuturan (artikulasi), kurang konsonan yg berkelompok & konsonan terakhir dipotong. Cth: ‘bola’ disebut ‘ola’
2. Masalah sintaksis-lebih susah membina bahasa/ayat-umur mental berpadanan dgn struktur sintatik
3. Semantik-mengalami masalah penaksiran semantic spt memahami ungkapan kiasan
4. Masalah pragmatik-lambat utk menghurai dan memahami pertuturan perbuatan/arahan orang lain


KANAK2 AUTISME
Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia(NASOM) bermaskud -Kekurangan seumur hidup & menampakkan kesannya dlm masa 30 bln yg pertama seseorg bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut & mrk tdk dpt berhubung secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku, & kelebihan intelek yg luas. Kerapkali menunjukkan kelebihan dlm bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dlm seni muzik, rote memory dll.
Menurut Persatuan Autisme Amerika Syarikat – ketidakupayaan yg rencam yg pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur 3 thn. Keadaan ini adalah kesan drpd kecelaruan neurologikal yg mengganggu fungsi otak. Autisme & tingkah laku yg berkaitan dgnnya dianggarkan terdpt dlm 1 drpd 500 individu. Kekerapan kanak2 lelaki mengalami autisme adalah 4 kali ganda drpd kanak2 perempuan.
JENIS-JENIS
1.Autisme
2. Sindrom Asperger
CIRI2 MASALAH BAHASA/ ELEMEN2 DLM MASALAH BAHASA
1.Masalah Fonologi- masalah suprasegmental dlm pengeluaran bunyi-bercakap seolah menyanyi, mempunyai keadaan turun naik dlm kesungguhan vocal, intonasi yg tdk sesuai dgn makna(menggunakan sebutan yg tdk sesuai dgn maksud perkataan).
2.Masalah morfologi & sintaksis; Masalah Morfologi-mempunyai deretan (ayat yg mengubah maksud asal dlm sesebuah kandungan)contohnya: ayat sepatutnya”Ayah mempunyai kereta” di sebut “kereta ayah.”
-Masalah sintaksis -tatabahasa’morphems’ dan fungsi perkataan(artikel bantuan) sering ditinggalkan. Masalah semasa menggunakan aturan sintaksis dlm bahasa pertuturan (terutamanya ayat yang panjang.
Masalah Semantik-kesukaran utk mengorganisasi & menyelesaikan masalah. Tidak boleh mengkategorikan sesuatu maklumat dalam bentuk kumpulan. Tdk boleh mengaplikasikan apa yg dipelajari dlm situasi sebenar. Tidak boleh memahami & menjelaskan dgn tepat maksud peribahasa Cth: ‘buah tangan’, ‘kaki bangku’. Lebih banyak mereka perkataan sendiri. Cth: “makan” disebut ‘mamam’. Kesukaran memahami perkataan yg mempunyai lebih drpd satu makna cth: perkataan ‘siang’ difahami satu makna sahaja.
Masalah Pragmatik-
-memula & menamatkan interaksi
-mengekalkan topik perbualan
-melaksanakan peranan pendengar & penyampai maklumat
-menggunakan pergerakan utk mencapai matlamat komunikasi
Contohnya mereka pasif dalam menjalankan aktiviti berkumpulan.

KANAK2 BERMASALAH SENSORI
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan deria termasuk pendengaran & penglihatan.
JENIS-JENIS
1. Cacat penglihatan
2. Cacat pendengaran


KANAK2 BERMASALAH EMOSI & TINGKAH LAKU
Sekumpulan individu yg mempunyai sikap yg suka merosakkan harta benda & mrk ini sukar di uruskan oleh guru,selalunya diasingkan daripada kelas biasa supaya tidak mengganggu proses P&P. Kecelaruan emosi & tingkah laku, tidak dapat menyesuaikan diri dlm keadaan sosial, gangguan mental. Menunjukkan masalah bahasa ekspresif dan bahasa reseptif dari keadaan sederhana hingga teruk.

tingkah laku yg menunjukkan masalah bahasa reseptif:
1)tdk menunjukkan sebarang reaksi ketika org lain bercakap.
2)mudah tertarik dgn bunyi2 luaran ketika bercakap dgnnya.
3)bermasalah dlm urutan peristiwa cth hari dlm seminggu.

Tingkah laku yg menunjukkan masalah ekspresif:
1)byk menggunakan gerakan fizikal drpd ekspresi verbal
2)berjln2 bila diajukan soalan / mendengar cerita.
1. Kurang Tumpuan(AD)
2. Hyper Aktif (HD)
CIRI2 MASALAH BAHASA/ ELEMEN2 DLM MASALAH BAHASA
Masalah utama ialah masalah pragmatik:
-mengalami masalah interaksi sosial & perhubungan dgn rakan sebaya
-perbincangan kekok-kecelaruan dlm perbincangan
-menukar topik secara tiba-tiba
-menyampuk dgn perkara yg tdk berkaitan
-tidak mengikut giliran bercakap.
-pengantara mesej yang tidak baik contohnya dlm permainan mesej berangkai

No comments:

Post a Comment