ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG INI..MULAKAN DENGAN BISMILLAH DAN BANYAKKAN BERSELAWAT..

Search This Blog

Loading...

Wednesday, January 26, 2011


Keperluan Terapi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas

oleh

DR. HAJJAH YASMIN BINTI HUSSAIN

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.

Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi.

Keperluan Terapi

Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran.

“Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal”

(Kamus Perubatan Mosley, 2001)

Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan daya pengamatan murid-murid, meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).

Terapi-terapi yang boleh dilaksanakan ialah:

i) terapi fisio

ii) terapi kuda

iii) terapi cara kerja

iv) terapi pertuturan

v) terapi muzik dan pergerakan kreatif

vi) terapi seni

vii) terapi air/hidro

viii) terapi pasir

ix) terapi main

x) terapi alternative

Contoh

Seorang kanak-kanak sindrom down yang mempunyai masalah pergerakan serta mempunyai masalah pertuturan dan pengamatan.

Aktiviti terapi:

Terapi motor kasar – berjalan, berlari, gallop dan lompat di garisan lurus, di garisan bengkok dan menggunakan alatan seperti bangku.

Terapi pengamatan (visual, auditori dan tactile) – melihat gambar bertindih, mencari benda tersembunyi dalam gambar, membeza bunyi-bunyian dan menyentuh/merasa jenis permukaan

Terapi motor halus – memegang pensel dan menconteng atas kertas

Terapi kuda – menunggang kuda serta membetul postur badan dan perkembangan emosi.

Terapi pasir – meramas pasir, menconteng atas pasir, bermain dengan pasir untuk kemahiran motor halus.

Terapi air – bermain dengan bola dalam air bagi pengukuhan pergerakan dan perkembangan otot.

Pada kesimpulannya, guru-guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah atau di luar premis sekolah secara kumpulan atau individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

1 comment:

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete